Untuk bisnes kecil & perkhidmatan tempatan di Malaysia

Website untuk
rakyat.

Bantu bisnes kecil tampil lebih profesional di internet — tanpa harga agency yang membebankan.

Kos sebenar dibayar. Upah developer ikut kemampuan.

Kenapa WebRakyat?

Ramai bisnes kecil dah ada Instagram, Facebook, TikTok dan WhatsApp — tapi belum ada website sendiri.

Info lengkap

Pelanggan boleh cari maklumat perkhidmatan tanpa scroll balik carousel lama.

Produk & servis

Senarai produk atau servis tersusun, senang nak rujuk bila-bila masa.

Lokasi jelas

Peta dan alamat terus di satu tempat, tak payah tanya dalam DM.

Terus hubungi

Satu ketik terus ke WhatsApp untuk tanya atau buat tempahan.

Senang tempah

Pelanggan boleh faham perkhidmatan dan terus buat keputusan.

Senang kongsi

Satu link je untuk kongsi kat mana-mana — bio, poster, kad nama.

Untuk siapa WebRakyat?

Tak kira bisnes kecil atau baru bermula, yang penting pelanggan boleh jumpa anda online.

  • Kedai makan
  • Car wash / detailing
  • Barber
  • Homestay
  • Photographer
  • Servis peribadi
  • Kontraktor
  • Bisnes tempatan lain

Cara Kami

Proses yang ringkas dan telus, dari mula sampai website siap.

  1. 01

    Cerita apa yang anda perlukan

    Anda cerita jenis bisnes dan website macam mana yang anda nak.

  2. 02

    Kita bincang

    Kami bincang halaman, fungsi dan keperluan projek anda.

  3. 03

    Kos sebenar

    Anda bayar kos sebenar seperti domain, hosting atau servis berbayar, jika perlu.

  4. 04

    Website siap

    Kami bina, optimize dan publish website anda.

Upah developer? Kita bincang ikut kemampuan dan skop kerja.

Contoh Website

Nak tahu website macam mana yang kami boleh buat? Tengok contoh di bawah.

Kedai Makan / Warung

Kedai Makan Demo

  • Menu
  • Lokasi
  • Waktu operasi
  • WhatsApp
  • Galeri
  • Google Maps
Lihat Demo
Car Detailing

Car Detailing

Contoh website untuk bisnes car wash / detailing dengan servis, pakej dan tempahan melalui WhatsApp.

Lihat Demo
Servis Peribadi

Servis Aircond

  • Senarai servis
  • Kawasan servis
  • Harga bermula
  • WhatsApp
  • Maklumat hubungan
Akan Datang

Bisnes anda perlukan website?

Tak tahu nak mula dari mana? Cerita saja apa yang anda perlukan. Kita bincang dulu.

WhatsApp WebRakyat

Soalan Lazim

Berapa harga website?

WebRakyat menggunakan konsep yang telus. Kos seperti domain, hosting atau servis berbayar akan dibincangkan berdasarkan keperluan sebenar. Upah developer pula bergantung kepada skop kerja dan kemampuan pelanggan.

Perlu bayar domain dan hosting?

Jika projek memerlukannya, ya. Kami akan terangkan kos sebenar terlebih dahulu.

Boleh buat website untuk bisnes kecil?

Ya. WebRakyat memang difokuskan kepada bisnes kecil, freelancer dan perkhidmatan tempatan.

Boleh request design sendiri?

Boleh. Kami boleh bincang berdasarkan keperluan dan skop projek.

Website boleh letak WhatsApp?

Ya. WhatsApp, Google Maps, media sosial, galeri, tempahan dan fungsi lain boleh dimasukkan bergantung kepada keperluan projek.

WhatsApp Kami